Friday, August 19, 2011

Mana Mak??

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wednesday, July 13, 2011

Hurt

It's damn hurt when the person that I trust betrayed on me...   Huhuhuhu..

How could he do this to me? And why am I so stupid to trust him?

Am I that stupid?!!!!!

I thought that all the things that you say to me is true but who knows,it is the other way around...

Am I so silly until I let him to underestimate and take advantage on my naivety ?

But why him??? If only I know that he's the one!!!  

Friday, June 24, 2011

Selamat Pagi Malaysia

Paaaaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang indah......   ('',)

Takde apa yang indah melainkan pemandangan di waktu pagi yang sangat indah dan menyamankan...

Bile dah sejuk mata memandang,baru la pikiran pun  jadi stabil...





































Fakta mengatakan bahawa melihat pemandangan hijau dapat membantu menyembuhkan rabun jauh.

So,teruskan lah melihat pemandangan hijau.. Baik untuk kesihatan mata kita..

Sekian,Majulah Sukan Untuk Negara.

Thursday, June 23, 2011

siti nabilla liyana (nabilliyana) on Twitter

siti nabilla liyana (nabilliyana) on Twitter: "sense"


siti nabilla liyana
Blame is just a lazy person's way of making sense of chaos.


Bila dah nama pun pemalas.. Apa lagi yang bole aku cakap???
Tapi jangan lah sampai tahap yang keterlaluan sehingga menyusahkan manusia-manusia yang berada di sekeliling beliau,kan???
Bila keadaan dah jadi chaos mula lah dia nak memberi alasan macam-macam..
Lagi teruk pulak tu,bila dia point finger kesalahan tu kat orang lain..
Apa kessss?????

Tuesday, June 21, 2011

UNTITTLED

Ermmmm... dah 4 tahun benda ni berlalu.. * putus cinta lah beb!!!!*

Tapi smpai sekarang aku masih lagi menyendiri.. Tak tahu la,apa msalah aku.. Mungkin aku terlalu takut/risau/bimbang dan sewaktunya dengan lelaki kot!!!.. Or mungkin aku ni dah ANTI LELAKI kot????

Jangan panik, aku masih lagi straight.. Masih lagi tidak terpesong ke arah kemungkaran.. HAHAHAHA...

Tapi biar aku share senarai-senarai lelaki yang mana kalau aku dapat,memang kompom aku peram dalam peti ais......... HikHikHik....    ( Peram dlm peti ais??? Caner tuh??  ) Ntah lah,korang pandai-pandai lah pikir kan dan renungkan..   -_-

Calon-Calonnya Adalah :-

Tangga Pertama and always be the first is-  Christiano Ronaldo




Tempat ke-2 - Aaron Aziz




Calon ke-3 - Asyraff Muslim



Calon seterusnya :-  Zaquan Adha & Aidil Zafuan ( tak pasti la betul tak ejaan nama diorang ni)




Calon seterusnya -  Ding Dong Dantes

tapi dia sdang hangat bercinta wif marian rivera la pulak?!


Calon yang ke ??  ke barape dah ek???- tak kisah lah..Next calon is- 

David Beckham          



Dan seterusnya-  Eh,dah takde dah kot.. HAHAHA..

"Cukup-cukup lah tu berangan kan?! Dah tentu-tentu la diorang ni tak hengen kat kau,Nabilla oooiiii".. sindir adik aku...  huahuahuahuahuahua  :)



apa???

Memang banyak benda dan perkara yg berlaku kebelakangan ni..
Dalam kepala otak pun bnyak idea2 bernas yg nak share..

Tapi.....................................

Dah 1/2 jam mengadap dpn kmputer ni,satu ape pun tak dapat di muntahkan ke dalam halaman blog aku ini..

Kenapa??? Mengapa???

Entah lah, apa ek yang patut aku buat??

Thursday, May 5, 2011

ARRRRRRGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH........


Ketensionan yang melampau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 22, 2011

Kasut Oh Kasut

sitinabillaliyana memamg seorg pompuan,wanita... "remaja" yg tersangat-sangat mencintai kasut...

But I wonder,who is actually the first man invented shoe???

Fesyen2 yg mak2 kite pakai dulu pun dah jdi fesyen pilihan zman skrg,kan??

Tapi,aku memang suka gladiator.. isn't they beautiful??







Tapi dlam bnyak2 fesyen ni,aku paling suka yg ni:-

                                                *

                                                *

                                                *
                                                
                                                *
                                              
                                                *

                                                *

                                                *

                                                *

                                                *


Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..........    ade jual ke kasut ni??????  Looks disgusting!!!! Uwwekkkk!!!

I feel like vomit..........   -_-

Thursday, April 21, 2011

Beautiful Scenery

Kehadapan semua yg brada di depan komputer sambil mmbaca blog ini...kihkihkih
Bukannya nak citer psal Upin & Ipin Menjadi Angkasawan Pertama di Malaysia atau pun SpongeBob kena marah dgn Puan Puff dek kerana slalu mndtgkan msalah kpd kelas memandu beliau...
Akan tetapi,aku ingin share gmbaq2 pemandngan indah jek..
* sitinabillaliyana akan mngunakan 'beta' 'aku' sebagai kata ganti diri pertama sbb klau guna 'saya' x brape nak bersesuaian (cam skema jek?)

ok...ok..ok...Stop be a Bahasa Malaysia teacher,sitinabillaliyana...... Here the story begin....

               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mgkin korang akan ckap, wat kinda topics is this? but for me,hnya insan2 yg x reti mndalami tntg keindahan alam je yg akan cakap cmtu,kan3????

Xtau la nape,but i really luv@minat@suka sgt45 melihat pemandangan yg indah2 dan menenangkan pikiran...
Tapi setiap kali aku melihat pemandangan alam,ia mmbuat aku berpikir bhawa sungguh indah setiap bnda ciptaan AllahSWT... Subhanallah....

Mgkin ia juga buat aku sedar that every single things that He created in this world have their own kelebihan dan fungsi..

Apa2 pun,jom layan dulu gambaq2 scenery yg aman dan menenangkan jiwa aku yg sesungguhnya tgah kacau nih.... Atleast hilang sikit tension2 yg bersarang di dalam kepala otak aku nih..hihihihihi









Sunday, April 17, 2011

Just call me~ NABILLA



Setiap manusia mesti mempunyai nama atau gelaran masing2 kan? Sebagai contoh,Salmah akan dipanggil Sally.. Kamal digelar Camel(hukhukhuk)... Katijah as Cat.... Tapi dalam Islam,adalah sebaiknya kita memanggil seseorang tu dgn full name...But for me,mesti orang2 di luar sane susah untuk panggil aku dgn full name... So, x perlu mmbazirkan suara kalian.........

Yup!!! just call me VANILLA NABILLA..  Nak dengar 1 cite x???
Walaupun korang x brminat nak dengar tapi dalam hati aku ni,terase mcm nak jugak bercerite..mcam terdengar je suare2 kat luar sane tu yg mnjerit "Nabilla,Cer Citer....Cer Citer!!!! "...

So,disebabkan itu,aku nak memulakan penceritaan ini dengan Bismillahirahmanirrahim~~~~~~~

Name aku memg simple (kot) and rasenye xde lah smpai tergeliat lidah anda untuk mempronounce kan nye,tp bagi kaum cina atau omputih ker atau sewaktu dgnnya, memg name aku ni susah nak disebut rasenye...

So,nak dijadikan citer,bnyak juge la client/customer yang mempronouncekan name aku dgn begitu susah n hasilnya name aku drpd NABILLA bertukar mnjadi " Navilla", " NorBila" , "Nadila", " Madila"(Mad ker aku ni?), "Lila", "Nab"( Name makcik jirah sebelah umah aku pun ade gak termasuk), " Bil" dan sebagainye....Hahahahahaha

Tapi yang paling kelakar skali ialah ade jugak 1 manusia tu dipanggil nya aku ni "VANILLA".....Hahahaha
Sambil ketawa aku cakap kat dia,Vanilla tu sejenis ice-cream.. Dengan malu-malu alah,dia pun turut ketawa kecil dgn harapan dpat mengcover kehilafan dia tu.....Tapi sesungguhnya,hamba Allah yg bernama NABILLA ni sorang yg pemaaf lagi baik ati... So, bab2 kesilapan pronounce name ni kira xde hal lah...Korang pngil la aku name ape pun,yg penting korang senang....

Tapi bile di pikir balik,rasenya klau aku guna nama VANILLA as my nick name sesuai x? so sweet,kan???
Hah,dah terlanjur citer pasal vanilla ni, aku memg layan giler makan ice-cream vanilla.... SEdAp.....
Let's get a cup of vanilla ice-cream now at McD...
Or maybe a cup of McD Mudpie...  Terbaekkkkkkkkkkkkk!!!!
McFlurry

McD Vanilla Ice Cream
Kalau dulu,pantang bile makan ice cream McD jek,mesti g makan wif Nana kat fountain KLCC...

Friday, April 15, 2011

Harrods KLCC

Rindunyer tmpat keje lame aku(Harrods KLCC).................
Huhuhuhuhu....


Ha,gambar di atas is Harrods Tea Salon... Memamg cantekkk giler.... +  Cozy ambience..
  Before it was open.....
 Haaaa,Exec Chef kiter,Chef Tony dgn menu yg memg giler sedappppp !!!!
 Ni,my besh fren kat Harrods,Cik Nana yg sntiase cantik n cute.... Miz u a lot,nana..
Muka ala ececeh sikit,kononnya tengah busy menerangkan barang2 yg di jual  kat Harrods kpd cstomer...hahahahahaha


 Both handsome guys kat atas ni adalah Shafie & Rasule- 2 orang jejaka paling tampan kat Harrods (konon2nye jekkk)... hikhikhik


 Harrods Bar
Sepanjang bekerja kat Harrods,memg 1 pngalaman yg paling brmakna & berharge sgt3........Miz all the things bout Harrods KLCC~~~~
Kepada yg berminat nak mncube makanan kat Harrods,bole la try...
(Bersebelahan ngn GODIVA jekkk)
I'm pretty sure that u will experience beautiful moment........

Charles R. Swindoll quotes

Charles R. Swindoll quotes

newbie

salam...........
16/04/11- sebenarnye aku xpnah trdetik atau trpikir pun nak buat blog ni..so,arini adalah first time aku start create my own blog..hihihihihihhihi........


So,hope bole continue "berblogging" slalu.....kuangkuangkuang.....

i luv Allah,i luv prophet muhamad,i luv myself,i luv my family and i luv wat i am doing currently in order to earn a living